PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM

  • Konsep
Keluarga merupakan salah satu instisusi yang amat penting dalam Islam. Pembentukan keluarga dalam islam lahir daripada ikatan perkahwinan antara seorang lelaki dengan perempuan mengikut  syariat agama Islam iaitu dengan memenuhi syarat pernikahan dan rukun nikah yang telah ditetapkan kemudian terbentuknya sebuah institusi keluarga. Firman Allah s.w.t: 





                                                                                                                           وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ 


إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ٢١

(Surah Rum:21)
                                  
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
    

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi yang baik serta membentuk keluarga sakinahDari situ akan lahir masyarakat yang berdisiplin dan akan tertegak negara yang cemerlang serta diredai Allah s.w.t.


  • CIRI-CIRI KELUARGA ISLAM
1) Keluarga yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
    - Sebuah keluarga muslim dan Islam haruslah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah kerana 2         sumber ini adalah sumber yang  tidak akan meyesatkan. Sabda Rasulullah s.a.w

       تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” [Riwayat Malik (1594)]
2) Hati yang sentiasa bersyukur
     - Setiap ahli keluarga perlu adanya sifat syukur seadanya. Hal ini kerana, Allah telah menjanjikan nikmat yang lain bagi sesiapa yang bersyukur. Firman Allah s.w.t dalam surah Ibrahim :7 yang  bermaksud:
“Sesungguhnya barang siapa yang bersyukur, maka akan Kutambah nikmatmu, dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.”(Q.S. Ibrahim : 7)
3) Memilih pasangan hidup yang soleh - Pasangan yang soleh dapat membentuk rumah dan keluarga yang soleh. Malah Islam menggalakkan kita berkahwin dengan orang yang sekufu dengan kita. Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah (Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2019). Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama.
                                                                                                                               Surah al-Sajadah (18)
4) Harta yang halal
    - Hasil dari harta yang halal akan menghindarkan hati dari syaitan dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti riba, monopoli dan sebagainya. Malah, 
merupakan beberapa tanda rezeki diberkati oleh Allah s.w.t sperti doa dimakbulkan, anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan lain-lain (Pusat kutipan zakat, 2019).
5) Semangat untuk mendalami ilmu agama
 
  - Dapat menghidupkan hati yang dipenuhi dengan cahaya iman dan Islam. Hal ini kerana, Islam sahaja agama yang diterima dan diredai oleh Allah s.w.t.

Institusi Kekeluargaan Islam
Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangunkan atas dasar ketaatan kepada Allah s.w.t di mana pemahaman asasnya adalah untuk mencari keredhaan Allah.  Setiap anggota keluarga  perlu menjalankan hak dan kewajipan yang telah ditetapkan dalam Islam.   Justeru itu, Islam amat menenkan sifat amanah dalam menunaikan kewajipan dan tanggungjawab rumah tangga supaya keperluan dalam rumah tangga terlasana dengan baik, sempurna dan teratur.

1)Kewajipan dan tanggungjawab suami.
→Suami perlu memberi nafkah mengikut kemampuan. Nafkah adalah perbelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal.
Terdapat pelbagai Nas al-Quran dan Sunnah berkenaan nafkah di antaranya, Firman Allah SWT:


لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًاإِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا٧
Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(Surah al-Talaq, 7)

→Mendidik isteri bagi menunaikan kewajipan fardhu ain

"Rasulullah bersabda: Nasihatilah oleh kamu semua terhadap wanita itu dengan cara yang baik kerana sesungguhnaya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah"
                                                                                              (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Nasaie) 

2)Kewajipan isteri terhadap suami

→Menjaga kehormatan diri dan mentaati suami
Firman Allah s.w.t 

 فَٱلصَّٰلِحَٰتُ قَٰنِتَٰتٌ حَٰفِظَٰتٞ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ وَٱلَّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِي ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَكُمۡ ..


Maksudnya: Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.                                                                                                                                                                                                               (Surah al-Nisa :34)

→Mendapatkan keizinan suami apabila hendak keluar rumah
Sabda rasulullah yang bermaksud: 

"Mana-mana isteri yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya adalah dia dalam kemurkaan Allah Taala hinggalah dia balik ke rumah suaminya semula dan diedai suaminya"
                                                                                                                        (Hadis Riwayat al-Khatib)

3)Kewajipan bersama
→Pembentukan keluarga juga diasaskan melalui pergaulan yang baik sesama suami dan isteri serta ahli keluarga. Hubungan yang baik dan kukuh diperlukan sebagai pemangkin kepada keluarga bahagia termasuklah komuniti masyarakat, anak-anak serta ahli keluarga berasaskan kepada hubungan baik kepada manusia.

→Pembentukan akidah yang mantap dalam keluarga oleh suami atau bapa sebagai ketua keluarga supaya hakikat kemurniaan akidah dan syariat keluarganya terjamin dan dapat dilaksanakn sebaik mungkin dengan kerjasama individu dalam keluarganya. Allah s.w.t memperingatkan:

"Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. (al-Tahrim:6)


→Ibu bapa perlu memberikan keperluan rohani kepada anak- anak. Pendidikan agama, iman dan akhlak dalam keluarga perlu diberikan penekanan bagi membentuk generasi muda yang berakhlak mulia. Hal ini demikian kerana, pemeliharaan akhlak dalam sebuah insitusi keluarga dapat mengawal diri daripada terjebak dalam kemaksiatan. Menurut al-Ghazali dan Ibnu Sina  (dalam Mohamad Kamil 1990), dalam Islam, ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan ilmu keagamaan yang cukup bagi mengelakkan dari kepincangan sosialisasi. 

→Tolong menolong antara satu sama lain bagi meringankan beban antara satu sama lain. Secara tidak lansung, perasaan kasih sayang akan membentuk perpaduan dalam keluarga.Hal ini demikian kerana, perkahwinan yang terjalin akan mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri serta tanggungjawab bersama. Tambahan pula, seluruh ahli keluarga yang terdiri darpda anak-anak mentua kedua-dua belah pihak akan merasai persaudaraan yang ikhlas sebagai satu keluarga.


  • Perbezaan keluarga muslim dengan keluarga bukan muslim


KELUARGA MUSLIM
Perkara
KELUARGA BUKAN MUSLIM
1) Merupakan sunnah Rasulullah dan menjadi satu ibadat.



2) Tidak boleh berkahwin dengan orang yang berlainan agama.




Dari sudut “PERKAHWINAN”
1) Ketua-ketua agama dilarang berkahwin dan tidak menjadi satu ibadat bagi sesiapa yang berkahwin.

2) Bebas untuk berkahwin dengan mana-mana agama.
1) Lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh bersentuhan

2) Solat fardhu lima waktu
Kehidupan

3) Kehidupan berpandukan syariat Islam





Dari sudut
“KEHIDUPAN”
1) Boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan


2) Sembahyang pada hari tertentu

3) Kehidupan tidak berlandaskan syariat Islam






  • Kesimpulan

1.Oleh tu, Indanya Islam yang menubuhkan institusi ini. Jika dibandingkan dengan pembentukan keluarga Barat, Merka menentang institusi kekeluargaan dan alasan hak asasi manusia serta kebebasan. Isteri bebas melakukan apa sahaja. Begitu juga dengan anak mereka dengan dunia sendiri tanpa kongkongan. Perkara ini menjadi panca seks bebas melata di dunia mereka. Wanita-wanita bebas untuk tidur dengan mana-mana lelaki yang mereka kehandaki sehingga anak itu tidak tahu siapa bapa atau ibu mereka.

2.Ciri utama dalam pembentukan keluarga muslim ialah berpegang teguh pada ajaran Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
3.Kehidupan keluarga muslim dengan keluarga yang bukan muslim adalah berbeza dalam pelbagai aspek.

4. .Pendidikan akidah sebagai asas pembentukan keluarga Luqman sewajarnya menjadi panduan kepada keluarga-keluarga muslim kini sekiranya setiap keluarga mahu melihat keunggulan identiti keluarga muslim



RUJUKAN
Mauliyatun Nisa. (2016). 5 alasan mengapa kita perlu bersyukur. Diambil daripada Muslimah Daily: https://muslimahdaily.com/khazanah/muslim-digest/item/353-5-alasan-mengapa-kita-harus-bersyukur

Mohd. Kamil Abd. Majid. (1990). Tokoh-tokoh Pemikir Dakwah. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.

Pusat kutipan zakat. (2019). 7 tanda rezeki diberkati Allah s.w.t. Diambil daripada pusat kutipan zakat: http://www.zakatpahang.my/index.php/artikel/item/59-7-tanda-rezeki-diberkati-allah-swt

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2019). Al-Kafi #1153: Maksud sekufu dalam perkahwinan. Diambil daripada laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3201-al-kafi-1153-maksud-sekufu-dalam-perkahwinan

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2017). Bayan Linnas siri ke-116: Kedudukan sunnah di sisi al-Quran. Diambil daripada laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/660-bayan-linnas-siri-ke-116-kedudukan-sunnah-di-sisi-al-qur-an





Comments